Tuesday, 14 December 2010

Manisnya November

Alhamdulillah... saat yang dinanti akhirnya menjelma. Tanggal 20 November 2010 merupakan tarikh keramat bagi ku setelah 3 tahun 6 bulan aku berhutang masa dengan keluarga. Pengorbananku untuk mendapatkan segulung ijazah akhirnya dimakbulkan-Nya. Selama 3 tahun lebih aku terpaksa mencuri masa yang sepatutnya ditumpukan sepenuhnya kepada keluarga telah ku korbankan demi mengapai cita-cita untuk meningkatkan tahap akademiku seterusnya menjamin peningkatkan kerjayaku suatu hari nanti InsyaAllah.



Aku bertambah gembira pada hari tersebut juga anakku Aiman Danish telah dianugerahkan pelajar terbaik dalam matapelajaran sains di majlis Konvokesyen Tadikanya. Macam tak percaya anakku mendapat 100% dalam matapelajaran tersebut sebab aku sendiri pun tak pernah dapat macam tu. Paling baik pun aku pernah dapat 60%, itu pun masa tingkatan 3 dulu.



Aku harapkan dengan kejayaan yang aku capai ini dapat memotivasikan isteriku yang sedang menyambung pelajarannya. "Honey, I hope u success in your final exam this weekend". Untuk anakku, semoga kau jadikan papa & mama sebagai role model bagi memotivasikan dirimu untuk berjaya dalam pelajaran. Ingatlah, melalui ilmu pengetahuan sahaja yang dapat memuliakan seseorang. Ilmu jugalah yang dapat membezakan kita dengan orang lain dan dengan ilmu jugalah dapat membahagiakan kita di dunia dan di akhirat. Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke liang lahad. Alhamdulillah, papa rasa masih belum puas untuk menuntut ilmu, dan kini papa telah mendaftar untuk program master pulak. Papa kena curi masa mama, abang & adik 2 tahun lagi.

No comments: