Tuesday, 14 December 2010

Manisnya November

Alhamdulillah... saat yang dinanti akhirnya menjelma. Tanggal 20 November 2010 merupakan tarikh keramat bagi ku setelah 3 tahun 6 bulan aku berhutang masa dengan keluarga. Pengorbananku untuk mendapatkan segulung ijazah akhirnya dimakbulkan-Nya. Selama 3 tahun lebih aku terpaksa mencuri masa yang sepatutnya ditumpukan sepenuhnya kepada keluarga telah ku korbankan demi mengapai cita-cita untuk meningkatkan tahap akademiku seterusnya menjamin peningkatkan kerjayaku suatu hari nanti InsyaAllah.



Aku bertambah gembira pada hari tersebut juga anakku Aiman Danish telah dianugerahkan pelajar terbaik dalam matapelajaran sains di majlis Konvokesyen Tadikanya. Macam tak percaya anakku mendapat 100% dalam matapelajaran tersebut sebab aku sendiri pun tak pernah dapat macam tu. Paling baik pun aku pernah dapat 60%, itu pun masa tingkatan 3 dulu.



Aku harapkan dengan kejayaan yang aku capai ini dapat memotivasikan isteriku yang sedang menyambung pelajarannya. "Honey, I hope u success in your final exam this weekend". Untuk anakku, semoga kau jadikan papa & mama sebagai role model bagi memotivasikan dirimu untuk berjaya dalam pelajaran. Ingatlah, melalui ilmu pengetahuan sahaja yang dapat memuliakan seseorang. Ilmu jugalah yang dapat membezakan kita dengan orang lain dan dengan ilmu jugalah dapat membahagiakan kita di dunia dan di akhirat. Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke liang lahad. Alhamdulillah, papa rasa masih belum puas untuk menuntut ilmu, dan kini papa telah mendaftar untuk program master pulak. Papa kena curi masa mama, abang & adik 2 tahun lagi.

Friday, 7 May 2010

Majlis Cukur Jambul Nur Batrisyia Irdina

Pada malam 1 May 2010 selepas solat Isyak, telah berlangsung majlis cukur jambul puteri kami Nur Batrisyia Irdina di kampung Tok Ayahnya (Kg Teriang, Endau). Ini adalah kali pertama wajah Batrisyia ditatap oleh Tok Ayah, Mak Tok, saudara mara dan rakan kenalan sejak beliau dilahirkan. Majlis tersebut berjalan amat lancar dengan bantuan sanak saudara serta jiran-jiran yang masih lagi mengamalkan semangat bergotong royong dimana tradisi tersebut yang semakin dilupai oleh masyarakat zaman global ini.




Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tok Ayah dan Mak Tok, Batrisyia yang bertungkus lumus dalam memastikan majlis ini berjalan dengan lancar. Kesian bila mengenangkan Mak Toknya yang terlalu penat sepanjang majlis tersebut sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Mersing pada keesokkan harinya disebabkan penyakit gout rentetan dari keletihan yang dialaminya.





Friday, 12 March 2010

Orang Baru



Alhamdulillah, syukur saya kehadrat Illahi dengan limpah dan kurnia-Nya saya telah direzekikan orang baru dalam keluarga kami. Pada 08/03/2010, isteri saya telah selamat melahirkan seorang puteri pada jam 6.40pg. Semuanya diluar jangkaan dimana pada tarikh tersebut sepatutnya isteri saya ada checkup di HUKM tapi lain pula jadinya. Ikutkan kiraan kandungan, bulan ini sepatutnya bulan kelapan kandungannya. Saya pun tidak pasti samada puteri saya dilahirkan tidak cukup bulan (sepatutnya due pd 02/04/2010) ataupun isteri saya yg salah beri maklumat tarikh dgn tepat kpd doktor. Jauh di sudut hati saya mengatakan bahawa isteri saya yg salah memberi maklumat tarikh kpd doktor memandangkan anak yg dilahirkan secara normal.

Memandangkan putera sulong saya dilahirkan secara ceasear, so takde pengalaman mengenai simptom2 nak bersalin. Semalaman isteri saya tak dapat tidur, dimana beliau mengatakan yg baby sentiasa bergerak2. Sehinggakan beliau tidur sambil duduk dan berulang alik ke tandas. Pada jam 3.00pg beliau kejutkan saya dan memberitahu terdapat darah keluar apabila beliau buang air. Memandangkan keesokkan harinya beliau ada appoinment di hospital, saya hanya menenangkan dan menyuruh beliau bersabar menunggu keesokkan pagi.

Pada jam 5.30pg saya dikejutkan dengan jeritan isteri yg mengatakan air ketuban telahpun keluar. Memang betul2 panik dibuatnya, saya mengambil beberapa helai pakaian isteri dan baby dan terus mengejutkan adik di bilik sebelah. Putera saya mungkin terkejut dengan riuh rendah yang berlaku, lalu beliau pun terjaga. Kami turun ke ground floor (tinggal di pangsapuri), malangnya kereta saya pula dihalang oleh kereta2 penghuni pangsapuri tersebut. Nasib baik dengan bantuan 2 org pengawal yg turut membantu menolak kereta2 tersebut lalu kereta saya pun boleh dikeluarkan. Tepat jam 5.50pg kami sampai di HUKM, lalu diberi bantuan oleh jururawat yang bertugas di wad kecemasan. Isteri saya di bawa ke bilik bersalin di tinkat 1.

Alhamdulillah, lebih kurang jam 6.40pg isteri saya selamat melahirkan seorang puteri sepertimana yang diimpikan oleh kami sekeluarga. Ini adalah pengalaman indah yg saya tempuhi menjelang kelahiran orang baru yg melengkapkan keceriaan keluarga kami. Kini saya mempunyai sepasang cahayamata yg comel yang bakal menjadi pemimpin negara suatu hari nanti, InsyaAllah. Terima kasih isteriku diatas pengorbananmu, terima kasih diucapkan kepada pihak yg terlibat dalam menyambut kelahiran puteriku. Terima Kasih semua....