1. Tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga, kawan² dan tuan² yg melayari blog saya ini. Ramadhan tahun ini amat mencabar bagi saya yg diberi dugaan utk saya lebih mengingati-NYA. Namun Hari Raya tetap disambut walaupun tidak semeriah tahun² sebelumnya (maklumlah rumah baru kena pecah).
2. Alhamdulillah tahun ini kami masih lagi dapat meraikan Aidilfitri bersama ibubapa, keluarga, sanak saudara dan sahabat handal dan saling berkunjungan. Seperti tahun² sebelumnya, saya sekeluarga beraya di kampung Teriang, Endau, Mersing. Namun kegembiraan yg dirasai tetap dikongsi bersama dengan keluarga mertua yg berada nun jauh di bumi kenyalang.
3. Walaupun pelbagai dugaan yg diterima sepanjang thn ini khususnya pandemik H1N1 yg melanda dunia dimana negara kita juga tidak terlepas dari ancamannya, namun saya lihat ianya tidak menjejaskan kemeriahan sambutan Aidilfitri kepada kita semua. Pelbagai kaum saling berkunjungan kerumah terbuka yg menjadi amalan penduduk negara kita menggambarkan semangat 1Malaysia yg tidak pernah luntur dalam sanubari setiap masyarakat Malaysia.
4. Dikesempatan ini saya berdoa semoga kemeriahan yg dirasai akan terus berkekalan walaupun terdapat suara-suara sumbang yg cuba untuk menggagu gugat keharmonian negara yg telah lama terbina.
Gambar keluarga di pagi Aidilfitri
Bersama isteri dan anak yg semakin nakal



No comments:
Post a Comment