Tuesday, 29 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

1. Tidak terlambat rasanya untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga, kawan² dan tuan² yg melayari blog saya ini. Ramadhan tahun ini amat mencabar bagi saya yg diberi dugaan utk saya lebih mengingati-NYA. Namun Hari Raya tetap disambut walaupun tidak semeriah tahun² sebelumnya (maklumlah rumah baru kena pecah).

2. Alhamdulillah tahun ini kami masih lagi dapat meraikan Aidilfitri bersama ibubapa, keluarga, sanak saudara dan sahabat handal dan saling berkunjungan. Seperti tahun² sebelumnya, saya sekeluarga beraya di kampung Teriang, Endau, Mersing. Namun kegembiraan yg dirasai tetap dikongsi bersama dengan keluarga mertua yg berada nun jauh di bumi kenyalang.

3. Walaupun pelbagai dugaan yg diterima sepanjang thn ini khususnya pandemik H1N1 yg melanda dunia dimana negara kita juga tidak terlepas dari ancamannya, namun saya lihat ianya tidak menjejaskan kemeriahan sambutan Aidilfitri kepada kita semua. Pelbagai kaum saling berkunjungan kerumah terbuka yg menjadi amalan penduduk negara kita menggambarkan semangat 1Malaysia yg tidak pernah luntur dalam sanubari setiap masyarakat Malaysia.

4. Dikesempatan ini saya berdoa semoga kemeriahan yg dirasai akan terus berkekalan walaupun terdapat suara-suara sumbang yg cuba untuk menggagu gugat keharmonian negara yg telah lama terbina.




Gambar keluarga di pagi Aidilfitri

Bersama isteri dan anak yg semakin nakal

PECAH RUMAH

Pecah rumah, pecah rumah, pecah rumah. Tak habis-habis kita dengar isu ni, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan. Sebelum ni mungkin kita dengar rumah orang lain kena pecah, jadi kita ambillah langkah berjaga-jaga. Tapi adakah ianya berterusan?. Adakah ianya berlaku ketika isu tersebut masih hangat sahaja? (kebanyakkannya macam itu lah).

Pengalaman tersebut berlaku kepada saya, sehinggalah tragedi pecah rumah benar-benar berlaku dirumah saya. Kejadian tersebut berlaku pada 15/09/09 (5 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri) Anniversary saya yg ke-6 tu, sampai lupa lak nak wish kat org rumah. Kejadian tersebut berlaku diantara jam 12.30 tgh hari – 2.30 ptg waktu saya & isteri pergi kerja (hebatkan? Siang² buta dia buat projek. Masuk ikut pintu depan plak tu. Sedangkan kiri, kanan, depan, belakang & bwh rumah saya ada jiran²).

Kalau barang² beharga aje yg dibawak lari takdelah susah sgt, ni dokumen sulit satu beg lak tu yg diambil. Apekejadahnya nak rembat dokumen tu???. Ape² pun yg lepas tu tetap berlaku, sekarang ni kenalah berwaspada. Jadikan pengalaman tersebut sebagai iktibar supaya ianya tak berulang lagi.

Kat sini ada sedikt tips & panduan bagi mengelak rumah kita dari dipecah masuk untuk kita kongsi bersama.

BAGAIMANA BOLEH BERLAKU
1. Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap
2. Menggunakan ‘jack’ untuk membuka jerjak besi tingkap
3. Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi (sekarang ni lagi canggih siap pakai asid lagi).
4. Memasuki melalui bumbung rumah/siling yang terbuka.
5. Tingkap yang tidak berkunci/terbuka
6. Menggunakan kunci pendua

SEBAB-SEBAB BERLAKU PECAH RUMAH
1. Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong

2. Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing (sekarang ni bukan kat bandar je boleh jadi kat kampung pun sama gak).

3. Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar

4. Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan.

5. Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah
memasukinya.

6. Membiarkan pintu atau tingkap terbuka, terdedah tanpa pengawasan atau ditutup tanpa berkunci.

7. Menggunakan kunci, mangga atau rantai yang mudah diumpil, dipotong atau dibuka dengan kunci tiruan.

8. Keadaan rumah seperti bumbung, tingkap, dinding dan sebagainya yang memudahkan penjenayah memasukinya.

CARA PENCEGAHAN
1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri.(mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).- Biarkan kucing jer tidur situ

2. Kunci atau sorokkan semua pisau2 yang terdpt di dapur sebelum tidur. (kesemua kes kecurian didapati pisau dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).- Seelok-eloknya jangan gunakan pisau dirumah

3. Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka dimana mereka telah menunggu diluar pintu rumahuntuk masuk (kes terbaru berlaku di kampong saya)- Alternatif lain bukak paip dalam rumah pulak biar pencuri konfius

4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah
malam,kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.- Alamat tak tidur ler, kalau tak pun suruhlah diorg pakai pampers..

5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (cara lama)- Simpan barang kemas di luar rumah (jadi tiadalah kes pecah rumah, Cuma berlaku kes pecah pagar rumah jer).

6. Bawa kunci alarm kereta bersama semasa tidur,in case terjaga tengah malam, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (menandakan kita sentiasa alert).- Kalau alarm Proton tu jangan heran kalau sometimes alarm tu tak berbunyi

7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah. Bagi jiran semua terjaga!- dan marah anda.

8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka - (selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akanmenundukkan kepala)- Lagi power.. ajak dia orang raya rumah kita

9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang- barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dgn kita.- Kalau dia datang nak ambik barang jiran kita pulak cam mana?

10. Semasa tidur pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Codeless Phone anda berada disisi anda atau pun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat penggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.- Pastikan handphone ada cukup bateri

11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba, JPAM, 999 atau
sebagainya.Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh
hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.- Selain hafal nombor tu pastikan jugak kredit ada (untuk prepaid user sahaja)

12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm. - OK ni!

13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation.- Timer!!!

14. Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat . Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.- Jiran pun boleh jadi pencuri.

15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian,buat permohonan rasmi dari balai polis
berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yg kerap di kawasan anda.- Kalau dah area tu kerap ada kecurian, apa lagi pindah jer lahh!

16. Kereta Proton adalah paling mudah dicuri.Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur ( sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).- Jom lambatkan pencuri!. Tapi jgn terkejut pencuri pun tak suka lambat, mungkin diorg towing je kereta tu utk lebih cepat.

17. Kalau ada anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam sebab ada pencuri yang mengambil kesempatan seksual dan andaperlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.- Sebelum kunci pastikan pencuri tu belum masuk bilik!

18. Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.- Juga bola hoki untuk baling pencuri tu nanti!

19. Jgn letak kunci bawah pasu bunga/peti surat /alang pintu/tepi tingkap bila keluar (pencuri dah lama tau taktik ni). Lebih selamat beri pada jiran yg kita kenal rapat untuk tengok²kan rumah (Jgn lak dia habiskan barang dlm rumah tu dah lahh).

20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar 'padlock' baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.- Nak lagi confident, tukar gril dan pagar baru!

NASIHAT APABILA BERLAKU PECAH RUMAH
1. Segera buat laporan di Balai Polis berhampiran.
2. Jangan menyentuh atau mengubah apa-apa jua barang yang didapati berselerak selepas dimasuki pencuri. Ini bertujuan untuk melindungi bukti di tempat kejadian seperti kesan cap jari atau alat-alat yang ditinggalkan penjenayah.

3. Kalau suspect rumah kita kena pecah, jgn bawak anak kecil untuk check rumah. Tinggalkan anak kat rumah jiran dulu. Lebih baik ajak jiran 2-3 org takpun satu taman untuk sama² check rumah kita. Manalah tau kot² pencuri masih lagi berada dalam rumah, nanti anak kecil kita lak jadi tebusan. Tapi kalau rasa dah kuat pergilah masuk sorg².