Pada 11 April 2011 bertempat di Kementerian Dalam Negeri saya telah berpeluang untuk menghadiri ceramah yang disampaikan oleh Angkasawan Pertama Negara iaitu Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Beliau telah berkongsi pengalamannya di angkasa lepas serta rahsia kejayaan beliau dalam lapangan kerjaya dan juga keluarga. Errmmm.. memang best dengar beliau berceramah lancar ajer & very humble person. Kalau diberi peluang memang nak pergi lagi dengar ceramah daripada beliau.



